Sunday, 6 July 2014

Resepi Ikan Masak 3 Rasa

Semalam Pertama Kali Masa Ikan Tiga Rasa. Lepas tu masak bulan puasa pulak tu.. risau pulak tidak menjadi.. tapi dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim..Resepi ikan masak 3 rasa ciptaan sendiri pun di lakukan.

Resepinya:

Bahan-bahannya.
Untuk Ikan:
2 ekor ikan siakap
Tepung jagung untuk dilumur pada ikan
Serbuk Pasti Sedap Knoor
Minyak untuk menggoreng ikan

Untuk Kuah:
2 biji bawang besar - dipotong dadu
4 biji bawang merah kecil - di potong dadu
6 biji bawang putih - dititik
10 biji cili padi - ditumbuk
1 inci halia - dihiris halus
1 biji tomato - dipotong dadu
100 gram- Nenas
2 batang lobak merah
1 kuntuk besar bunga kobis
4 batang jagung
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 batang serai - dititik
Beberapa helai daun limau purut
sedikit daun kunyit
Daun sup/daun bawang untuk hiasan
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
1.  Ikan dibersihkan dan ditoskan
2.  Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor dan tepung jagung. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3.  Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
 
UNTUK KUAH
1.  Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai,  dan bawang putih.
2.  Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan, dan 3Kacau sebentar.
3.  Masukkan bawang besar, tomato, nenas, bunga kobis, lobak dan cili kecil.
4.  Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.
5.  Biarkan kuah mereneh seketika.Masukkan daun limau purut dan daun kunyit
6.  Angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.  Taburkan daun sup/daun bawang. 
 
 
Selamat Mencuba..
 
semua family saya yg makan cakap sedap 

Monday, 30 June 2014

PENYUSUAN IBU : Puting luka

Sejak aina tumbuh gigi ni.. puting jadi luka.. suka betul dia nak gigit-gigit..
mengenangkan kesian dekat aina bagi jugala..sampaila masuk dekat sebulan puting makin parah lukanya.. abis keliling puting jadi merah.. dan puting macam terbelah..

try tanya akak.. dia suruh letak minyak gamat..bila letak minyak gamat okla..tp bila aina start isap balik luka kembali.. adoi.. sakitnya macam kena kejutan elektrik. pedih n sakit teramat-amat. sampai dah lepas dari mulut dia pun terasa pedihnya..

cian tgk dia.. sejak akhir-akhir ni, malam dia x tdor lena.. susu formula dia memang kurang minum. harap susu ibula.. bila dah jadi macam ni.. bila x dapat puting ibu meraung dan melalak la.. cian sgt2. nak bagi memang dah x dapat nak tahan sakit..

try bagi putting nipper protection.cz masa dalam pantang dulu, ada mengalami masalah puting juga.. puting pecah.. bila pakai putting protection nipper selamatla. yang ni saya beli dekat anakku.. x rasa sakitla.. ada pelindung.. bila dah sihat x pakai dah la.


bila hadapi masalah ni try nak pakai benda yang sama. tp aina tak nak.. dah besar 10 bulan. dah pandai beza antara yang ori dan bukan.. alahai anak ibu.


so, sekarang ni nak try pakai yang ni plak. tak tau la berkesan ke tidak..baru nak cari n nak beli...



Thursday, 26 June 2014

KELEBIHAN SOLAT SUNAT TARAWIH

Kelebihan Solat Sunat Tarawih

 

Ertinya: “Daripada Abu Hurairah RA bahawa
Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang mendirikan solat sunat tarawih pada bulan ramadhan
dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah akan ampunkan dosanya yang lalu.

BUFFET RAMDAHAN 2014

Sebelum menyambut ramadhan teringin pulak nak wat suprise dekat husband.. nak ajak makan berbuka dekat luar..Maklumla ni kali pertama berpuasa bersama suami dan anak. tapi cari dekat area Putrajaya dan Cyberjaya jela..


Antara carian yang dijumpai..

EVERLY HOTEL, PUTRAJAYA

Everly Hotel 

Hotel Bangi -Putrajaya


hotel bangi

Kelab Tasik,  Putrajaya
Kelab tasik

Marriot Hotel, Putrajaya
Marriot Putrajaya

PICC, Putrajaya
PICC

Cruise Tasik, Putrajaya

Tasek cruise

Saba Restoran, Cyberjaya


Marina Putajaya


Equestrian Park, Putrajaya




Cyberview Resort, Cyberjaya

Ramadan Delight Early Bird at RM88+   ramadan delights verandah cyberview resort


Residen Hotel Uniten Bangi
Selangor RHR Hotel At Universiti Tenaga Nasional, RHR Hotel At Universiti Tenaga Nasional  Selangor

Shangrila,  Putrajaya
 

IOI Palm Garden resort









Jalan-jalan cari makan

Ini adalah salah satu tempat kegemaran aku makan di sekitar Putrajaya..
TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA

Best makan dekat cini.. harga pun berbalio.. ada perlbagai jenis makanan.. Cuma kalau makan dekat cini suasana dia panas sikit terutamanya pada waktu tengah hari..
Nila gambar persekitaran tempat makan di  Taman Warisan Pertanian Putrajaya.. Agak Panaskan..Tapi Nice kawasan ini.
Ni la makanan yang selalu aku makan dekat cini.. Nasi Ayam .. sedap dan lazat.. sehingga menjilat jari..


Ni roti john.. ni pun sedap.. dulu lepas balik kerja aku mesti singgah sini beli roti ni.. pelanggan tetap la katakan..


Dekat sini ada macam-macam makanan.. Nasi berlauk, Bihun sup, laksa , satay , ABC.. macam-macam la..rugi x makan dekat sini...sedap dan berbaloi...Tapi untuk yang lain-lain menu aku tak pernah try lagi... tapi yang pasti nasi ayam  roti john dan ABC memang 10 bintangla....


Selamat mencuba...